Thursday, December 29, 2011

Exam..Exam..And Exam..



Post kali ini ditaip khas oleh seorang yang sedang tekanan perasaan akibat dari tekanan membaca buku.. HEHE.. sekarang nampaknya suda masuk hari Jumaat 30 Desember..

Sedunia sedang menantikan detik tahun baru 2012, tapi sy dan rakan-rakan seperjuangan sedang menantikan detik bermulanya peperiksaan akhir semestar di Universiti Kebangsaan Malaysia.. Tarikh mula exam sy ialah 3.1.12 hingga 19.1.2012.. Lepas tu adelah cuti dalam sebulan kot.. Yang pasti bukan paper exam yang kami na
ntikan, tetapi pasti semua sedang sibuk menantikan cuti akhir semestar kn? AHAHA..

Apa-apapun saya mendoakan supaya semua orang khasnya pelajar jurusan Sains Politik mendapat kejayaan cemerlang.. Doa tetap doa, tapi study tak lah gempak mana.. Biaselah student U, stdy last minute.. KIKKI.. Dan tak saya lupakan kepada orang-orang yang sangat penting kepada saya iaitu keluarga saya, dan seorang yang istinewa iaitu si comel saya.. LALALA! oklah, jam menunjukkan seminit lagi pukul 2 a.m..
Oklah , Saya out dlu dan akhiri post ini dengan Assalamualaikum :)

Tuesday, November 29, 2011

UKM Dilanda Kekeringan (Kolej Kediaman)


Sejak bermula pengajian di UKM ini semua perkara seakan menjadi agak GEMPAK! Namun masih ada perkara seakan kekampungan di sini. Antara yang paling utama ialah masalah bekalan air yang sering terputus di kawasan UKM ini. Ia jelas memberikan impak kepada pengguna, pelajar dan kakitangan di dalam UKM. Tandas?? Ini yang sangat memberi kesan kepada kami (saya rasalah) kerana ia akan menyebabkan ramai antara kami terpaksa menahan nafsu yang sentiasa mahu membuang-buang~ ahaha..
Semasa saya menulis entry kali ini, saya masih belum mandi petang kerana tidak sanggup beratur panjang di tandas oku, dan itu satu-satunya harapan terakhir kami untuk menumpang mandi di tandas oku kerana ia antara tandas yang lambat kehabisan bekalan air kerana ia agak jarang digunakan sekiranya masalah air tidak timbul. Dan ketika ini barulah terasa , "ohh betapa okunya kami"~

Thursday, November 24, 2011

BENDA BULAT PENYATU BANGSA~



Masih sempatkan untuk saya mengucapkan tahniah kepada Harimau Muda?

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kaseh dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada skuad bola sepak negara bawah 23 kerana telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Sea 2011. Apa yang saya dapat perhatikan, bola sepak merupakan salah satu cara untuk menyatu padukan rakyat Malaysia. Ianya jelas terbukti di atas padang. Penyokong datang dari pelbagai latar belakang, kaum yang berbeza, warna kulit, bahasa dan etnik. Ternyata berbaloi kepada seluruh warga Malaysia sungguhpun ramai peminat yang layan bola di kedai mamak menyaksikan perlawanan ini di dalam keadaan hujan lebat dan ternyata ia tidak langsung menjejaskan semangat penyokong untuk turut sama dibasahi air hujan untuk merasai kepahitan dan kepayahan yang sedang dialami pemain Malaysia.

Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat negara kita yang tidak sedar akan satu budaya tidak baik iaitu mencaci, mengata dan mengkeji pemain negara kita sendiri. Apakah kita sedar mereka telah bermain dengan sepenuh semangat sungguhpun kadang kala nasib tidak menyebelahi mereka. Contoh jelas apabila Fakri dikritik dalam laman sosial yang mereka telah mencerca dan mencaci Fakri kerana dilihat prestasinya yang kurang baik semasa berada di atas padang. Tetapi sedarkah anda bahawa Fakri telah menjad hero kita apabila dia telah membenam pasukan Myanmar dengan jaringan 1-0 yang membolehkan Malaysia mara ke final untuk bertemu sekali lagi dengan Indonesia.

Walaupun skuad ini telah kecundang di tangan Syiria, namun kita perlu tetap menyokong mereka. Ini kerana antara faktor penyebab ialah mereka keletihan apabila terpaksa bermain untuk 4 permainan dalam masa 7 hari. Sedangkan robot pun boleh kehabisan bateri inikan lagi manusia biasa. Sekian, Wasalam~

KONFLIK: TAKUT LELAKI CURANG DAN TAK JUJUR ??

Perkara ini merupakan isu biasa yang ditakuti oleh sebilangan wanita yang sedang hangat bercinta, lantas akan lahirnya beberapa perasaan dan pemikiran yang berbagai-bagai apabila mereka mula cemas dalam memikirkan perkara ini.

Kebanyakan dari wanita yang pernah gagal dalam suatu percintaan agak sukar untuk mempercayai lelaki lain, setelah pengalaman lama mengajar mereka untuk lebih berhati-hati. Lelaki akan mengambil kesempatan terhadap setiap apa yang diberikan, tidak kira samada kesempatan pada perkara-perkara yang baik ataupun tidak. Jika perempuan memberi ruang kepada orang lelaki maka lelaki akan mempergunakan setiap apa yang ada untuk kepuasan diri.
Tetapi pada saya sebagai seorang lelaki, saya agak kurang setuju dengan kenyataan bahawa lelaki semuanya teruk dan sama. Ini kerana terdapat lelaki yang tinggi egonya, Ada lelaki yang cuma manis berkata-kata, dan ada juga lelaki yang hanya menunjukkan bahawa diri mereka itu MACHO semata-mata.

UNTUK GOLONGAN WANITA, PATUTKAH ANDA UNTUK TERUS TIDAK MEMPERCAYAI LELAKI?


PEMERINTAHAN KUKU BESI DI MALAYSIA?

Sudut perbincangan akan lebih menjurus ke arah parti politik tanpa menyentuh aspek pemerintahan di Malaysia iaitu sama ada parti politik di Malaysia didominasi oleh segelintir individu dan sama ada kemahiran, pengetahuan dan kuasa organisasi digunakan untuk menjaga kepentingan dan kedudukan sendiri. Aspek yang ditonjolkan dalam konteks kepartian Malaysia ialah dominasi segelintir individu ke atas parti yang mana terdapat di antara mereka telah menerajui parti lebih daripada 30 tahun.

Kesemua pemimpin parti utama telah menerajui parti masing-masing lebih daripada 15 tahun. Mungkin faktor ini disebabkan oleh ketokohan kepimpinannya, keyakinan ahli ataupun ketiadaan pemimpin yang setanding dengan pemimpin yang sedia ada. Namun begitu pemimpin yang sedang menerajui parti berada dalam situasi yang lebih baik untuk memanipulasikan peraturan dan menggunakan kemudahan, pengetahuan dan pengalamannya bagi mengukuhkan kedudukannya dalam parti. Terdapat pemimpin yang mengugut untuk melepaskan jawatannya, dan meminda peraturan parti yang akhirnya akan membawa kepada pengukuhan dan pengekalan jawatannya dalam parti. Menurut Michels, ugutan ini dibuat oleh pemimpin dengan tujuan untuk mendapatkan semula sokongan yang semakin menurun, dan langkah ini dilihat lebih selamat jika dilakukan sekiranya tiada pesaing yang ketara.

Hal ini boleh diperhatikan dalam politik UMNO yang mana terdapat beberapa kes bahawa pemimpin telah bertindak meminda peraturan bagi mengekalkan jawatan dan melemahkan pesaing mereka. Contohnya pengenalan undi bonus, iaitu calon akan mendapat 10 undi bagi pencalonan yang dibuat oleh setiap bahagian. UMNO mengamalkan satu cara iaitu dengan mencalonkan pihak yang sedang menyandang jawatan antara lain disebabkan faktor mengaruh dan kuasa dalam parti dan kerajaan, maka sistem ini akan member kelebihan kepada mereka. Walaubagaimanapun taktik ini tidak bertahan lama apabila ia tidak lagi selamat selepas Perhimpunan Agong UMNO 1993 apabila Anwar Ibrahim mencabar Ghafar Baba selaku penyandang jawatan Timbalan Presiden. Anwar telah berjaya memperolehi pencalonan dari sebilangan besar bahagian sehingga mereka memaksa Ghafar untuk menarik diri dari bertanding hasil dari strategi kempen yang terancang oleh Anwar.

Perhimpunan tahun 1993 merupakan kali terakhir sistem undi bonus ini diamalkan kerana kedua-dua jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan lagi pada tahun 1996 dan 1999 dengan alasan untuk mengekalkan kestabilan parti dan perpaduan dalam parti. Jelas menunjukkan bagaimana sistem undi bonus ini diwujudkan dan diubah demi menjamin kepentingan pucuk pimpinan agar mereka kekal memegang jawatan mereka dalam parti.

Dalam konteks Malaysia, parti utama didominasi segelintir pemimpin sahaja sejak berdekad yang lalu. Penguasaan itu bukan sahaja membuktikan kebolehan mereka sebagai pemimpin dan tiadanya saingan setara, tetapi juga menunjukkan kemampuan mereka menggunakan jawatan dalam parti untuk mengukuhkan kedudukan dan melemahkan saingan masing-masing. Secara keseluruhannya walaupun parti politik Malaysia mengamalkan sistem demokrasi namun ia tidak dapat mengelakkan amalan oligarki dalam kepimpinan organisasi tersebut.


Soal Jawab Tentang AUKU~


Sejak akhir-akhir ini isu AUKU hangat diperkatakan khususnya dalam kalangan pelajar peringkat ipt. Mengapakah hal ini boleh terjadi? Apakah kerana AUKU ini benar-benar menyekat hak pelajar sepertimana ia bertentangan dengan perlembagaan sepertimana yang digembar-gemburkan oleh segelintir masyarakat yg kononnya hebat dalam perundangan ini~

Maka saya akan cuba mengulas secara ringkas persoalan yang timbul dari permasalahan ini. Apakah kerajaan tidak memandang serius akan hal ini? AUKU merupakan punca kuasa sesebuah IPTA yang merangkumi perkara berkaitan tadbir urus university, autonomi, status badan berkanun dan sebagainya. Hanya seksyen 15 yang berkaitan dengan isu pelajar berpolitik. Maka sekiranya seseorang itu berhujah untuk menghapuskan AUKU ini maka dia adalah seorang yang buta perundangan~

Mengapakah kerajaan tidak meminda peruntukan sek 15 ini untuk memberi kebebasan kepada pelajar untuk berpolitik? Jawapannya ialah pindaan AUKU 2009 telah melalui proses yang panjang bermula tahun 2005 dengan penubuhan Jawatankuasa Meminda AUKU yang terdiri daripada pakar-pakar perundangan. Mereka telah berbincang dengan mengambil kira pandangan masyarakat umum. Maka keputusan pindaan yang telah dibuat ini merupakan keputusan bersama yang dipersetujui majority masyarakat pada masa itu walaupun ia tidak memenuhi kehendak semua orang.~

Apakah AUKU hanya terpakai kepada pelajar ipta sahaja dan membenarkan pelajar ipts untuk bebas berpolitik? Jelas AUKU tidak terpakai kepada pelajar ipts kerana mereka terikat kepada Akta IPTS (akta 555) yang mana terdapat larangan kepada pelajar untuk menyertai mana-mana pergerakan organisasi berpolitik.~

Kesimpulannya kita sebagai pelajar harus memandang perkara ini dari sudut profesional kerana kita sebagai golongan terpelajar perlu menggunakan ilmu pengetahuan dan asas yang kukuh untuk memperkatakan sesuatu dasar itu. AUKU pada dasarnya digubal untuk mengawal pergerakan segelintir pelajar yang terlalu taksub dengan politik sehingga akan menyebabkan perpecahan diantara pelajar-pelajar dalam sebuah university itu sendiri. Tetapi ia tidak menyekat hak pelajar secara total untuk berkecimpung dalam arena politik. Pengecualian ini terdapat di bawah sebseksyen 15(4) AUKU yang memberi kuasa budi bicara kepada Naib Canselor untuk membenarkan pelajar itu terkecuali sepertimana yang disebut dalam perenggan 15(1)(a). Ini membolehkan seseorang ahli politik itu melanjutkan pelajaran bagi sesuatu kursus di university tanpa perlu melepaskan kerjaya politiknya.~


Saturday, November 19, 2011

MINGGU YANG MEMENATKAN...


Assalamualaikum.............SEBENARnya gambar di atas tidak mempunyai sebarang perkaitan dgn post sy minggu ini, ia sekadar menggamit kenangan sewaktu belajar di Universiti Islam Melaka pada masa dahulu. Ok, sekadar tempat untuk meluahkan perasaan jd sy memilih jalan ini untuk melepaskan segala kekusutan di kepala. Oh tuhan, saya telah mula merasa sangat tertekan dengan perkualihan di UKM ini. Hari-hari yg indah seperti telah berakhir dan digantikan dengan hari-hari yang memenatkan. Sebelum tidur masih mengadap asgmnt, dan ulangkaji pelajaran untuk test yang melambak.

Dan permulaan hari sy apabila mencelikkan mata ialah memikirkan tentang tugasan yang masih melambak untuk disiapkan. Esok merupakan minggu ke-11(kalau tak silap), so bwk asgmnt kena submit start dr minggu depan hingga bulan 12. Bulan Januari 2012 da mula final exam, so terkejar sambil terkejut beta dengan situasi ini. Dulu masa stdy in diploma lecturer akan suap ilmu sampai kita paham, tp tahap degree ni dorg akan kasi note sikit2 saje then yang laen2 kita kena cari sendiri. Sangat heavy for this situation, sebab kadang-kadang sy susah nk follow. And for information, now im stdiying political sci. So memang banyak teori politik kena hafal, kena kaji politik Malaysia ni and macam2 lah.

So ape yg saya harapkan ialah supaya 3 tahun sy ini akan berakhir dengan segulung ijazah untuk mak abah. Ok lah, saya nk sambung memamah kertas2 dan buku2 yg melambak ni. Much love for u all my friend~

Sunday, October 30, 2011

HADIAH TERBESAR HARIJADIKU~
















Tanggal 20/09/2011 tarikh keramat ini saya telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia . Setelah tamat pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Melaka dalam jurusan Undang-Undang & Syariah saya terus diberikan rezeki kedua ini .
Walaupun minat saya lebih kepada bidang guaman dan perundangan ini , namun saya telah ditawarkan dengan jurusan lain ini . Akan tetapi ia bukanlah suatu perkara yg baru kerana Political Sci ini masih di bawah cabang yg sama dengan bidang yg telah saya ikuti semasa diploma dahulu. Di sini segalanya telah berubah dari segi suasana , persekitaran , rakan-rakan baharu dan perbelanjaan yang lebih besar dalam seharian . Wah ! Segala-galanya perlukan UANG!!
Ahaha , namun saya sangat berterima kasih kepada keluarga saya yang telah memberikan sokongan moral dan juga kewangan untuk membolehkan saya melanjutkan pembelajaran di peringkat ijazah ini . Terima kaseh juga saya ucapkan kepada org teristimewa saya , rakan-rakan dan juga pensyarah di KUIM yang telah memberikan tunjuk ajar dahulu yang saya akan bawa dan amalkan hingga ke hujung umur saya . Oklah ! Esok saya ada kuliah , so sampai disini sahaja :)

Friday, March 4, 2011

KONVOI KE SG. CONGKAK , SELANGOR~

Konvoi senior semestar akhir dari Kolej Universiti Islam Melaka ke Sungai Congkak, Selangor.. Konvoi ini disertai oleh 50 pelajar majoritinya adalah senior dan diiringi oleh beberapa pelajar junior yang datang dari beberapa kursus diploma yang berlainan. sebanyak 30 biji motosikal dan 2 biji kereta yang menyertai. Program ini berjalan selama 3 hari 2 malam dimana kami berkemah di dalam hutan simpan tersebut. Segala urusan makan, solat, tidur, bermain bola dan berbagai-bagai lagi ini dilakukan secara bersama sepanjang program ini. Kenangan ini pasti menjadi satu titik yang bersejarah bagi kami semua. Semoga kita semua akan tetap mengingati perkara bersejarah ini.

"Salam Akhir Semestar"

Tuesday, February 1, 2011

"Assalamualaikum..Salam Satu Malaysia"


Bersyukur kehadrat illahi kerana berkat kurniaNya pd dpt la aku sampai ke tahap ini dan masih bersemangat mengharungi hari ini.. Semestar akhir ni banyak memberi aku tekanan untuk melangkah maju menggapai segulung Diploma Undang-Undang Dan Syariah.. Dengan doa keluarga dan adik beradik serta rakan-rakan yang banyak membantu dalam mengharungi kehidupan di alam pengajian profesional ini selama hampir 3 tahun.. Insyaalah pertengahan tahun ini kami semua siswa/siswi akan menamatkan pengajian kami di Kolej Universiti Islam Melaka ini. Semoga rakan-rakan bersama berjaya hingga ke akhirnya.

Akhir kata sebelum mengundur diri saya meminta ampun dan maaf sekiranya saya pernah melakukan salah kepada semua orang samada keluarga, rakan-rakan serta yang pernah tersinggung dengan tingkah laku saya.. Maaf seikhlas hati semurni budi..