Saturday, March 17, 2012

Transformasi Mahasiswa??

Belia, Mahasiswa dan Politik Matang di Malaysia

Fenomena ini telah menjadi suatu topik hangat sehingga ia dilihat sangat bahang membakar seperti api dicurahkan minyak, semakin besar dan membakar. Namun adakah fenomena ini memberikan kesan yang positif dan pihak manakah yang mendapat benefit kesan dari transformasi para belia dalam politik Malaysia ini khususnya golongan mahasiswa.

Politik Matang..??

Pasti ungkapan ini membuatkan telinga kita sedap untuk mendengarnya, akan tetapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan politik matang ini. Sepertimana kefahaman saya dari hasil pembacaan, ia bermaksuh “ yang benar jangan dipertikai dan yang salah jangan diselindungkan”. Maka setiap pemimpin berhak untuk ditegur oleh ahli sekiranya terdapat khilaf atas dasarnya, akan tetapi ahli hendaklah menegur dengan cara berilmu dan bermoral.

Kancah Politik Mahasiswa

Sepertimana yang kita tahu, golongan mahasiswa telah mula menuntut kebebasan untuk berakademik yang mana untuk memansuhkan AUKU. Namun pihak kerajaan telah membuat perbincangan dan bersetuju untuk meminda akta yang menjadi pertikaian tersebut untuk membolehkan golongan belia khususnya mahasiswa untuk turut sama menyertai kancah politik di Malaysia. Namun begitu, dalam huru-hara yang berlaku ini dilihat terdapat pihak yang sengaja untuk mempergunakan golongan mahasiswa atas dasar “Human Right” untuk menggoyahkan pucuk pimpinan negara kita. Yang jelas, adakah mereka yang menjadi tulang belakang bagi setiap gerakan ini hanya mempergunakan mahasiswa untuk kepentingan politik mereka sendiri??

Justeru itu, disarankan kepada seluruh golongan mahasiswa untuk berfikir secara rasional tentang sebab, akibat, keburukan dan kebaikan apakah yang akan diperoleh hasil daripada gerakan-gerakan yang terlibat secara langsung dalam politik ini. Jangan biarkan golongan mahasiswa menjadi tunggangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekian.


Wasiat Raja-Raja Melayu

Siapakah Orang Melayu??

Sebelum pergi lebih jauh, saya ingin menjelaskan sedikit sebanyak tentang apakah yang dimaksudkan dengan "MELAYU", (ملايو) yang mana ia merupakan merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu (بهاس ملايو) dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya.

Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.


Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

  1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).