Saturday, March 17, 2012

Transformasi Mahasiswa??

Belia, Mahasiswa dan Politik Matang di Malaysia

Fenomena ini telah menjadi suatu topik hangat sehingga ia dilihat sangat bahang membakar seperti api dicurahkan minyak, semakin besar dan membakar. Namun adakah fenomena ini memberikan kesan yang positif dan pihak manakah yang mendapat benefit kesan dari transformasi para belia dalam politik Malaysia ini khususnya golongan mahasiswa.

Politik Matang..??

Pasti ungkapan ini membuatkan telinga kita sedap untuk mendengarnya, akan tetapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan politik matang ini. Sepertimana kefahaman saya dari hasil pembacaan, ia bermaksuh “ yang benar jangan dipertikai dan yang salah jangan diselindungkan”. Maka setiap pemimpin berhak untuk ditegur oleh ahli sekiranya terdapat khilaf atas dasarnya, akan tetapi ahli hendaklah menegur dengan cara berilmu dan bermoral.

Kancah Politik Mahasiswa

Sepertimana yang kita tahu, golongan mahasiswa telah mula menuntut kebebasan untuk berakademik yang mana untuk memansuhkan AUKU. Namun pihak kerajaan telah membuat perbincangan dan bersetuju untuk meminda akta yang menjadi pertikaian tersebut untuk membolehkan golongan belia khususnya mahasiswa untuk turut sama menyertai kancah politik di Malaysia. Namun begitu, dalam huru-hara yang berlaku ini dilihat terdapat pihak yang sengaja untuk mempergunakan golongan mahasiswa atas dasar “Human Right” untuk menggoyahkan pucuk pimpinan negara kita. Yang jelas, adakah mereka yang menjadi tulang belakang bagi setiap gerakan ini hanya mempergunakan mahasiswa untuk kepentingan politik mereka sendiri??

Justeru itu, disarankan kepada seluruh golongan mahasiswa untuk berfikir secara rasional tentang sebab, akibat, keburukan dan kebaikan apakah yang akan diperoleh hasil daripada gerakan-gerakan yang terlibat secara langsung dalam politik ini. Jangan biarkan golongan mahasiswa menjadi tunggangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekian.


Wasiat Raja-Raja Melayu

Siapakah Orang Melayu??

Sebelum pergi lebih jauh, saya ingin menjelaskan sedikit sebanyak tentang apakah yang dimaksudkan dengan "MELAYU", (ملايو) yang mana ia merupakan merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu (بهاس ملايو) dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya.

Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.


Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

  1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Thursday, December 29, 2011

Exam..Exam..And Exam..



Post kali ini ditaip khas oleh seorang yang sedang tekanan perasaan akibat dari tekanan membaca buku.. HEHE.. sekarang nampaknya suda masuk hari Jumaat 30 Desember..

Sedunia sedang menantikan detik tahun baru 2012, tapi sy dan rakan-rakan seperjuangan sedang menantikan detik bermulanya peperiksaan akhir semestar di Universiti Kebangsaan Malaysia.. Tarikh mula exam sy ialah 3.1.12 hingga 19.1.2012.. Lepas tu adelah cuti dalam sebulan kot.. Yang pasti bukan paper exam yang kami na
ntikan, tetapi pasti semua sedang sibuk menantikan cuti akhir semestar kn? AHAHA..

Apa-apapun saya mendoakan supaya semua orang khasnya pelajar jurusan Sains Politik mendapat kejayaan cemerlang.. Doa tetap doa, tapi study tak lah gempak mana.. Biaselah student U, stdy last minute.. KIKKI.. Dan tak saya lupakan kepada orang-orang yang sangat penting kepada saya iaitu keluarga saya, dan seorang yang istinewa iaitu si comel saya.. LALALA! oklah, jam menunjukkan seminit lagi pukul 2 a.m..
Oklah , Saya out dlu dan akhiri post ini dengan Assalamualaikum :)

Tuesday, November 29, 2011

UKM Dilanda Kekeringan (Kolej Kediaman)


Sejak bermula pengajian di UKM ini semua perkara seakan menjadi agak GEMPAK! Namun masih ada perkara seakan kekampungan di sini. Antara yang paling utama ialah masalah bekalan air yang sering terputus di kawasan UKM ini. Ia jelas memberikan impak kepada pengguna, pelajar dan kakitangan di dalam UKM. Tandas?? Ini yang sangat memberi kesan kepada kami (saya rasalah) kerana ia akan menyebabkan ramai antara kami terpaksa menahan nafsu yang sentiasa mahu membuang-buang~ ahaha..
Semasa saya menulis entry kali ini, saya masih belum mandi petang kerana tidak sanggup beratur panjang di tandas oku, dan itu satu-satunya harapan terakhir kami untuk menumpang mandi di tandas oku kerana ia antara tandas yang lambat kehabisan bekalan air kerana ia agak jarang digunakan sekiranya masalah air tidak timbul. Dan ketika ini barulah terasa , "ohh betapa okunya kami"~

Thursday, November 24, 2011

BENDA BULAT PENYATU BANGSA~



Masih sempatkan untuk saya mengucapkan tahniah kepada Harimau Muda?

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kaseh dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada skuad bola sepak negara bawah 23 kerana telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Sea 2011. Apa yang saya dapat perhatikan, bola sepak merupakan salah satu cara untuk menyatu padukan rakyat Malaysia. Ianya jelas terbukti di atas padang. Penyokong datang dari pelbagai latar belakang, kaum yang berbeza, warna kulit, bahasa dan etnik. Ternyata berbaloi kepada seluruh warga Malaysia sungguhpun ramai peminat yang layan bola di kedai mamak menyaksikan perlawanan ini di dalam keadaan hujan lebat dan ternyata ia tidak langsung menjejaskan semangat penyokong untuk turut sama dibasahi air hujan untuk merasai kepahitan dan kepayahan yang sedang dialami pemain Malaysia.

Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat negara kita yang tidak sedar akan satu budaya tidak baik iaitu mencaci, mengata dan mengkeji pemain negara kita sendiri. Apakah kita sedar mereka telah bermain dengan sepenuh semangat sungguhpun kadang kala nasib tidak menyebelahi mereka. Contoh jelas apabila Fakri dikritik dalam laman sosial yang mereka telah mencerca dan mencaci Fakri kerana dilihat prestasinya yang kurang baik semasa berada di atas padang. Tetapi sedarkah anda bahawa Fakri telah menjad hero kita apabila dia telah membenam pasukan Myanmar dengan jaringan 1-0 yang membolehkan Malaysia mara ke final untuk bertemu sekali lagi dengan Indonesia.

Walaupun skuad ini telah kecundang di tangan Syiria, namun kita perlu tetap menyokong mereka. Ini kerana antara faktor penyebab ialah mereka keletihan apabila terpaksa bermain untuk 4 permainan dalam masa 7 hari. Sedangkan robot pun boleh kehabisan bateri inikan lagi manusia biasa. Sekian, Wasalam~

KONFLIK: TAKUT LELAKI CURANG DAN TAK JUJUR ??

Perkara ini merupakan isu biasa yang ditakuti oleh sebilangan wanita yang sedang hangat bercinta, lantas akan lahirnya beberapa perasaan dan pemikiran yang berbagai-bagai apabila mereka mula cemas dalam memikirkan perkara ini.

Kebanyakan dari wanita yang pernah gagal dalam suatu percintaan agak sukar untuk mempercayai lelaki lain, setelah pengalaman lama mengajar mereka untuk lebih berhati-hati. Lelaki akan mengambil kesempatan terhadap setiap apa yang diberikan, tidak kira samada kesempatan pada perkara-perkara yang baik ataupun tidak. Jika perempuan memberi ruang kepada orang lelaki maka lelaki akan mempergunakan setiap apa yang ada untuk kepuasan diri.
Tetapi pada saya sebagai seorang lelaki, saya agak kurang setuju dengan kenyataan bahawa lelaki semuanya teruk dan sama. Ini kerana terdapat lelaki yang tinggi egonya, Ada lelaki yang cuma manis berkata-kata, dan ada juga lelaki yang hanya menunjukkan bahawa diri mereka itu MACHO semata-mata.

UNTUK GOLONGAN WANITA, PATUTKAH ANDA UNTUK TERUS TIDAK MEMPERCAYAI LELAKI?


PEMERINTAHAN KUKU BESI DI MALAYSIA?

Sudut perbincangan akan lebih menjurus ke arah parti politik tanpa menyentuh aspek pemerintahan di Malaysia iaitu sama ada parti politik di Malaysia didominasi oleh segelintir individu dan sama ada kemahiran, pengetahuan dan kuasa organisasi digunakan untuk menjaga kepentingan dan kedudukan sendiri. Aspek yang ditonjolkan dalam konteks kepartian Malaysia ialah dominasi segelintir individu ke atas parti yang mana terdapat di antara mereka telah menerajui parti lebih daripada 30 tahun.

Kesemua pemimpin parti utama telah menerajui parti masing-masing lebih daripada 15 tahun. Mungkin faktor ini disebabkan oleh ketokohan kepimpinannya, keyakinan ahli ataupun ketiadaan pemimpin yang setanding dengan pemimpin yang sedia ada. Namun begitu pemimpin yang sedang menerajui parti berada dalam situasi yang lebih baik untuk memanipulasikan peraturan dan menggunakan kemudahan, pengetahuan dan pengalamannya bagi mengukuhkan kedudukannya dalam parti. Terdapat pemimpin yang mengugut untuk melepaskan jawatannya, dan meminda peraturan parti yang akhirnya akan membawa kepada pengukuhan dan pengekalan jawatannya dalam parti. Menurut Michels, ugutan ini dibuat oleh pemimpin dengan tujuan untuk mendapatkan semula sokongan yang semakin menurun, dan langkah ini dilihat lebih selamat jika dilakukan sekiranya tiada pesaing yang ketara.

Hal ini boleh diperhatikan dalam politik UMNO yang mana terdapat beberapa kes bahawa pemimpin telah bertindak meminda peraturan bagi mengekalkan jawatan dan melemahkan pesaing mereka. Contohnya pengenalan undi bonus, iaitu calon akan mendapat 10 undi bagi pencalonan yang dibuat oleh setiap bahagian. UMNO mengamalkan satu cara iaitu dengan mencalonkan pihak yang sedang menyandang jawatan antara lain disebabkan faktor mengaruh dan kuasa dalam parti dan kerajaan, maka sistem ini akan member kelebihan kepada mereka. Walaubagaimanapun taktik ini tidak bertahan lama apabila ia tidak lagi selamat selepas Perhimpunan Agong UMNO 1993 apabila Anwar Ibrahim mencabar Ghafar Baba selaku penyandang jawatan Timbalan Presiden. Anwar telah berjaya memperolehi pencalonan dari sebilangan besar bahagian sehingga mereka memaksa Ghafar untuk menarik diri dari bertanding hasil dari strategi kempen yang terancang oleh Anwar.

Perhimpunan tahun 1993 merupakan kali terakhir sistem undi bonus ini diamalkan kerana kedua-dua jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan lagi pada tahun 1996 dan 1999 dengan alasan untuk mengekalkan kestabilan parti dan perpaduan dalam parti. Jelas menunjukkan bagaimana sistem undi bonus ini diwujudkan dan diubah demi menjamin kepentingan pucuk pimpinan agar mereka kekal memegang jawatan mereka dalam parti.

Dalam konteks Malaysia, parti utama didominasi segelintir pemimpin sahaja sejak berdekad yang lalu. Penguasaan itu bukan sahaja membuktikan kebolehan mereka sebagai pemimpin dan tiadanya saingan setara, tetapi juga menunjukkan kemampuan mereka menggunakan jawatan dalam parti untuk mengukuhkan kedudukan dan melemahkan saingan masing-masing. Secara keseluruhannya walaupun parti politik Malaysia mengamalkan sistem demokrasi namun ia tidak dapat mengelakkan amalan oligarki dalam kepimpinan organisasi tersebut.