Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU wahai mak, abah dan cekgu~


Pertama sekali saya ingin memohon kemaafan kepada semua  rakan-rakan kerana semenjak akhir ini saya semakin sibuk dengan urusan harian selaku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa. Jadi ia membuatkan saya sedikit sibuk untuk meng-update blog ini. Agak bersawang juga, hehehe. Insyallah kalau ade mase saya akan sll keep in touch kembali dengan belokk ini yup..



Pada entry kali ini, sempena tanggal 16 Mei saya ingin menyusun beberapa kata serta ucapan yang berbaur penghargaan terima kasih saya kepada seluruh guru-guru, pensyarah serta tenaga pengajar yang pernah mengajar saya baik secara formal ataupun tidak formal..


Namun sebelum aku pergi lebih jauh, aku ingin meluahkan segala hasrat hati ini kepada mak dan abah yang telah menjadi guru terunggul dan merupakan guru pertama aku di dunia ini.. Mak dan Abah telah mengajar kami adik beradik untuk menjadi orang yang berguna disamping tidak pernah berhenti menyanyangi kami semua.. Mak dan abah telah banyak berjasa kepada kami dalam mengajar kami erti kehidupan yang mana kami masih alpa sebelum melangkah ke bangku sekolah.. Sehingga ke hari ini aku masih berkulihan di peringkat ijazah dan mak abah masih memerah keringat untuk menyara perbelanjaan aku disini.. Aku terasa sangat malu kerana masih tidak mampu membalas jasa mak abah dan masih menyusahkan mereka sungguhpun umurku telah meningkat dewasa.. Namun demi melaksanakan permintaan mu, akan aku belajar bersungguh untuk berjaya agar bisa aku menjadi orang yang berguna untuk membalas kembali jasa mu mak dan abah yang tercinta.. Ikhlas dari anakmu selaku anak muridmu di dunia ini..


Di saat ini jam menunjukkan pukul 3:57 pagi, tanggal 16 Mei saya masih segar menggagahkan diri untuk menyiapkan beberapa tugasan yang perlu dihantar memandangkan sudah hampir final.. Sebak rasanya hati ini ketika mengimbau kembali saat pertama kali melangkah ke alam pembelajaran, iaitu di Tabika KEMAS Parit Amat, Muar Johor. Yang menjadi hal ialah tahun ini almarhumah guru tadika saya telah kembali ke rahmatullah pada awal bulan Mei ini. Cikgu, sungguhpun engkau telah pergi menghadap illahi, namun segala jasa dan pengorbananmu akan tetap aku amalkan dan laksanakan sebagaimana meneruskan perjuanganmu mendidik anak bangsa. Tidak akan aku persiakan segala ilmu yang telah engkau berikan Cikgu..


Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Parit Bakar Tengah, semua tenaga pengajar serta kakitangan Sekolah Tinggi Muar serta seluruh kakitangan dan pensyarah di Kolej Universiti Islam Melaka.. Segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah kalian curahkan akan tetap aku ingati sehingga ke akhir hayat.. Pengorbananmu akan ku kenang, insyallah.. 
Dan rasanya tidak adil jika saya tidak menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.. Anda semua telah menjadi inspirasi kami untuk terus belajar segala ilmu duniawi dan akhirat.. Dengan segala ilmu dan kata-kata perangsang dari kalian telah membuatkan kami mahasiswa terbakar semangat untuk terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan untuk menggenggam segulung ijazah di sini..

No comments:

Post a Comment