Thursday, November 24, 2011

BENDA BULAT PENYATU BANGSA~



Masih sempatkan untuk saya mengucapkan tahniah kepada Harimau Muda?

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kaseh dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada skuad bola sepak negara bawah 23 kerana telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Sea 2011. Apa yang saya dapat perhatikan, bola sepak merupakan salah satu cara untuk menyatu padukan rakyat Malaysia. Ianya jelas terbukti di atas padang. Penyokong datang dari pelbagai latar belakang, kaum yang berbeza, warna kulit, bahasa dan etnik. Ternyata berbaloi kepada seluruh warga Malaysia sungguhpun ramai peminat yang layan bola di kedai mamak menyaksikan perlawanan ini di dalam keadaan hujan lebat dan ternyata ia tidak langsung menjejaskan semangat penyokong untuk turut sama dibasahi air hujan untuk merasai kepahitan dan kepayahan yang sedang dialami pemain Malaysia.

Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat negara kita yang tidak sedar akan satu budaya tidak baik iaitu mencaci, mengata dan mengkeji pemain negara kita sendiri. Apakah kita sedar mereka telah bermain dengan sepenuh semangat sungguhpun kadang kala nasib tidak menyebelahi mereka. Contoh jelas apabila Fakri dikritik dalam laman sosial yang mereka telah mencerca dan mencaci Fakri kerana dilihat prestasinya yang kurang baik semasa berada di atas padang. Tetapi sedarkah anda bahawa Fakri telah menjad hero kita apabila dia telah membenam pasukan Myanmar dengan jaringan 1-0 yang membolehkan Malaysia mara ke final untuk bertemu sekali lagi dengan Indonesia.

Walaupun skuad ini telah kecundang di tangan Syiria, namun kita perlu tetap menyokong mereka. Ini kerana antara faktor penyebab ialah mereka keletihan apabila terpaksa bermain untuk 4 permainan dalam masa 7 hari. Sedangkan robot pun boleh kehabisan bateri inikan lagi manusia biasa. Sekian, Wasalam~

No comments:

Post a Comment