Thursday, November 24, 2011

Soal Jawab Tentang AUKU~


Sejak akhir-akhir ini isu AUKU hangat diperkatakan khususnya dalam kalangan pelajar peringkat ipt. Mengapakah hal ini boleh terjadi? Apakah kerana AUKU ini benar-benar menyekat hak pelajar sepertimana ia bertentangan dengan perlembagaan sepertimana yang digembar-gemburkan oleh segelintir masyarakat yg kononnya hebat dalam perundangan ini~

Maka saya akan cuba mengulas secara ringkas persoalan yang timbul dari permasalahan ini. Apakah kerajaan tidak memandang serius akan hal ini? AUKU merupakan punca kuasa sesebuah IPTA yang merangkumi perkara berkaitan tadbir urus university, autonomi, status badan berkanun dan sebagainya. Hanya seksyen 15 yang berkaitan dengan isu pelajar berpolitik. Maka sekiranya seseorang itu berhujah untuk menghapuskan AUKU ini maka dia adalah seorang yang buta perundangan~

Mengapakah kerajaan tidak meminda peruntukan sek 15 ini untuk memberi kebebasan kepada pelajar untuk berpolitik? Jawapannya ialah pindaan AUKU 2009 telah melalui proses yang panjang bermula tahun 2005 dengan penubuhan Jawatankuasa Meminda AUKU yang terdiri daripada pakar-pakar perundangan. Mereka telah berbincang dengan mengambil kira pandangan masyarakat umum. Maka keputusan pindaan yang telah dibuat ini merupakan keputusan bersama yang dipersetujui majority masyarakat pada masa itu walaupun ia tidak memenuhi kehendak semua orang.~

Apakah AUKU hanya terpakai kepada pelajar ipta sahaja dan membenarkan pelajar ipts untuk bebas berpolitik? Jelas AUKU tidak terpakai kepada pelajar ipts kerana mereka terikat kepada Akta IPTS (akta 555) yang mana terdapat larangan kepada pelajar untuk menyertai mana-mana pergerakan organisasi berpolitik.~

Kesimpulannya kita sebagai pelajar harus memandang perkara ini dari sudut profesional kerana kita sebagai golongan terpelajar perlu menggunakan ilmu pengetahuan dan asas yang kukuh untuk memperkatakan sesuatu dasar itu. AUKU pada dasarnya digubal untuk mengawal pergerakan segelintir pelajar yang terlalu taksub dengan politik sehingga akan menyebabkan perpecahan diantara pelajar-pelajar dalam sebuah university itu sendiri. Tetapi ia tidak menyekat hak pelajar secara total untuk berkecimpung dalam arena politik. Pengecualian ini terdapat di bawah sebseksyen 15(4) AUKU yang memberi kuasa budi bicara kepada Naib Canselor untuk membenarkan pelajar itu terkecuali sepertimana yang disebut dalam perenggan 15(1)(a). Ini membolehkan seseorang ahli politik itu melanjutkan pelajaran bagi sesuatu kursus di university tanpa perlu melepaskan kerjaya politiknya.~


No comments:

Post a Comment