Thursday, July 23, 2009

Rumah dengan arca pelik disangka markas Ayah Pin



SEORANG pengunjung merakamkan gambar arca-arca pelik di hadapan

sebuah rumah di Cherating, Kuantan semalam.


KUANTAN - Halaman sebuah rumah yang kelihatan pelik dengan pelbagai arca haiwan dan koleksi seni kreatif menyebabkan ramai penduduk Kampung Cherating Baru di sini menyangka ia markas ajaran Ayah Pin.

Tinjauan Kosmo! di situ semalam mendapati di halaman rumah itu terbina sebuah galeri tertutup yang dinamakan gua thur, paparan ayat al-Quran, batu nisan purba, tulisan 'Allah' yang digantung pada sebatang pokok dan kayu besar disusun menyerupai sebuah kapal selain arca gajah, ayam jantan serta singa.

Pemandangan itu dilihat menyerupai arca payung dan teko besar yang dibina di halaman rumah Ayah Pin di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu sebelum ia dirobohkan oleh Jabatan Agama Islam Terengganu beberapa tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cherating Baru, Wan Mohamad Wan Yusof berkata, semua itu sebenarnya hanya koleksi pemiliknya yang dikenali sebagai Pak Majid yang mempunyai minat mendalam terhadap seni kreatif.

No comments:

Post a Comment